BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 8, 2014

Don't try this at home

Cerita pendek lagi

Al kisah 3 sekawan sedang menonton program di tv. Program tv tersebut telah menjemput seorang ahli pertunjukan ilmu ghaib.

Pertunjukan pertamanya adalah kehebatan menyelup tangan ke dalam minyak panas yang sedap menggelegak. Sipolan yang melakukan aksi itu menggunakan sebuah periuk yang berisi minyak, yang diletakkan di atas dapur gas. Kemudian di pecahkan telur ke dalam minyak tersebut untuk memperlihatkan kepanasan minyak tersebut. 3 sekawan pun kagum seketika melihat pertunjukan tersebut.

Namun aksi atau pertunjukan kedua telah membuka minda salah seorang daripada 3 sekawan itu untuk mencubanya. Pertunjukan kedua yang mana, sipolan itu akan membaca jampi untuk mengeraskan sebiji telur agar tidak dapat dipecahkan oleh sesiapa sahaja. Sebiji telur di gunakan dalam persembahan itu. Setelah membaca mentera dan jampi telur itu pun di genggam oleh seorang jemputan.

Sipolan: biar saya bacakan jampinya dulu, selepas saya bagi isyarat, cuba genggam sekuat hati ya.

Tukang genggam: ok

Sipolan: bla... Bla... Bla... Soseh... Soseh... Soseh... (jampi) fuhh! Ok genggam...

Tukang genggam: hiah... Nnnnmmmm.... (sedaya upaya menggenggam, tapi tak pecah)

Sipolan: nnnnmmm... (jampi sambil menggayakan aksi mengawal tenaga dalamannya supaya telur itu tidak pecah dalam genggaman org itu)

Selepas aksi tersebut. Salah seorang dari tiga sekawan itu pergi mendapatkan sebiji telur dan cuba menggenggamnya.

Kawan 1: meh aku try... Hiah!!! Nnnnmmm... ( x pecah )

Kawan 2 dan 3: uish, ye ke?

Kawan 2: haha... Tipu la orang tv tu tadi. Bak aku try.. Nnnnmmmm... (x pecah juga)

Kawan 1: haha... Memang tak boleh pecah la... Dia tipu jea jampi2 tu... Haha

Buku-buku sains ada huraiannya. Berkenaan daya. Membaca amalan mulia.

Pengajaran :
Cara paling senang buat duit adalah menipu, tapi menipu jugalah cara paling mudah dapat dosa.

'Don't try this at home'
hehe...

Try this link :

http://toneexcel.com/affiliate/index.php?ID=289199

0 comments: