BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 6, 2014

Perubahan Khai

Cerita pendek:

Khairudin (bukan nama sebenar) dulu merupakan seorang pemuda yang peramah, aktif dan berbakat dalam perbagai bidang. Namun kini, dia berubah menjadi seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Semuanya disebabkan suatu pengalaman yang ingin kita kongsikan dalam kisah ini.

Kisahnya berlaku semasa minggu belajar (study week) di sebuah universiti awam yang di rahsiakan lokasi dan alamat surat menyuratnya atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Pelajar bernama khairudin atau lebih popular di panggil khai ini seperti pelajar-pelajar lain, yang akan berjaga malam untuk memberikan sepenuh perhatian, iltizam dan daya pemikirannya di penghujung semester dengan berbekalkan strategi dan pengalaman yang sedia ada untuk bertarung hingga ke pagi dalam menjaga nama baik rakan-rakan seperjuangannya dalam dota.

Hal ini membuatkan khai dan rakan-rakan bertukar menjadi serti kelawar yang hanya aktif pada Waktu malam. Namun begitu, seperti apa yang kita sedia maklum, di dunia ini, bukan sahaja di diami oleh manusia sahaja, haiwan pun ada, seperti kelawar, keluang, musang dan lain-lain. Tetapi, 'statement' tersebut sedikit pun tiada kena mengena dengan perubahan yang berlaku pada diri Khai ini.

Trajedi tersebut berlaku dalam jam 3 pagi pada malam itu. Khai yang terasa sakit perut selepas tersalah makan roti yang sudah tamat tempoh (yang dibeli oleh kawannya Seman) pergi ke kawasan bilik air untuk melepaskan hajatnya yang semakin meronta-ronta. Sedang memerut tu, dia menyanyi pulak lagu-lagu yang bernada tinggi untuk memudahkan proses meneran. Namun, ternyata chorus kedua lagu yang dinyanyinya itu di sambut oleh seseorang daripada luar bilik air.

Di saat itulah timbul rasa seram sejuk dalam diri Khai. Rasa yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Sedap suara yang menyambut chorus tadi... Suaranya sampai, persis sekali dengan penyanyi asalnya...

Lagu 'kehilangan' nyanyian penyanyi firman yang sememangnya menjadi siulan pada masa itu...

"Takkan ku sia siakan kamuuu... lagi"

Nak di jadikan cerita, sebenarnya Lagu tersebut adalah lagu alarm bangun pagi Khai untuk ke dewan exam yang dah kali ke sepuluh dia berbunyi. Dan khai jadi pendiam dan suka menyendiri sebab dia sorang jea yang xdatang exam pada pagi tu dan terpaksa repet paper tu seorang diri.

Moral of the story,

Time study week jangan main dota ye... dan ringtone alarm tu buat jea lagu yang annoying, sebab kalau lagu best, pasti nyenyak didodoinya...

Mai tengok iklan nie sekali:

toneexcel.com/affiliate/index.php?ID=289199

0 comments: