BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 8, 2014

Don't try this at home

Cerita pendek lagi

Al kisah 3 sekawan sedang menonton program di tv. Program tv tersebut telah menjemput seorang ahli pertunjukan ilmu ghaib.

Pertunjukan pertamanya adalah kehebatan menyelup tangan ke dalam minyak panas yang sedap menggelegak. Sipolan yang melakukan aksi itu menggunakan sebuah periuk yang berisi minyak, yang diletakkan di atas dapur gas. Kemudian di pecahkan telur ke dalam minyak tersebut untuk memperlihatkan kepanasan minyak tersebut. 3 sekawan pun kagum seketika melihat pertunjukan tersebut.

Namun aksi atau pertunjukan kedua telah membuka minda salah seorang daripada 3 sekawan itu untuk mencubanya. Pertunjukan kedua yang mana, sipolan itu akan membaca jampi untuk mengeraskan sebiji telur agar tidak dapat dipecahkan oleh sesiapa sahaja. Sebiji telur di gunakan dalam persembahan itu. Setelah membaca mentera dan jampi telur itu pun di genggam oleh seorang jemputan.

Sipolan: biar saya bacakan jampinya dulu, selepas saya bagi isyarat, cuba genggam sekuat hati ya.

Tukang genggam: ok

Sipolan: bla... Bla... Bla... Soseh... Soseh... Soseh... (jampi) fuhh! Ok genggam...

Tukang genggam: hiah... Nnnnmmmm.... (sedaya upaya menggenggam, tapi tak pecah)

Sipolan: nnnnmmm... (jampi sambil menggayakan aksi mengawal tenaga dalamannya supaya telur itu tidak pecah dalam genggaman org itu)

Selepas aksi tersebut. Salah seorang dari tiga sekawan itu pergi mendapatkan sebiji telur dan cuba menggenggamnya.

Kawan 1: meh aku try... Hiah!!! Nnnnmmm... ( x pecah )

Kawan 2 dan 3: uish, ye ke?

Kawan 2: haha... Tipu la orang tv tu tadi. Bak aku try.. Nnnnmmmm... (x pecah juga)

Kawan 1: haha... Memang tak boleh pecah la... Dia tipu jea jampi2 tu... Haha

Buku-buku sains ada huraiannya. Berkenaan daya. Membaca amalan mulia.

Pengajaran :
Cara paling senang buat duit adalah menipu, tapi menipu jugalah cara paling mudah dapat dosa.

'Don't try this at home'
hehe...

Try this link :

http://toneexcel.com/affiliate/index.php?ID=289199

Thursday, March 6, 2014

Perubahan Khai

Cerita pendek:

Khairudin (bukan nama sebenar) dulu merupakan seorang pemuda yang peramah, aktif dan berbakat dalam perbagai bidang. Namun kini, dia berubah menjadi seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Semuanya disebabkan suatu pengalaman yang ingin kita kongsikan dalam kisah ini.

Kisahnya berlaku semasa minggu belajar (study week) di sebuah universiti awam yang di rahsiakan lokasi dan alamat surat menyuratnya atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Pelajar bernama khairudin atau lebih popular di panggil khai ini seperti pelajar-pelajar lain, yang akan berjaga malam untuk memberikan sepenuh perhatian, iltizam dan daya pemikirannya di penghujung semester dengan berbekalkan strategi dan pengalaman yang sedia ada untuk bertarung hingga ke pagi dalam menjaga nama baik rakan-rakan seperjuangannya dalam dota.

Hal ini membuatkan khai dan rakan-rakan bertukar menjadi serti kelawar yang hanya aktif pada Waktu malam. Namun begitu, seperti apa yang kita sedia maklum, di dunia ini, bukan sahaja di diami oleh manusia sahaja, haiwan pun ada, seperti kelawar, keluang, musang dan lain-lain. Tetapi, 'statement' tersebut sedikit pun tiada kena mengena dengan perubahan yang berlaku pada diri Khai ini.

Trajedi tersebut berlaku dalam jam 3 pagi pada malam itu. Khai yang terasa sakit perut selepas tersalah makan roti yang sudah tamat tempoh (yang dibeli oleh kawannya Seman) pergi ke kawasan bilik air untuk melepaskan hajatnya yang semakin meronta-ronta. Sedang memerut tu, dia menyanyi pulak lagu-lagu yang bernada tinggi untuk memudahkan proses meneran. Namun, ternyata chorus kedua lagu yang dinyanyinya itu di sambut oleh seseorang daripada luar bilik air.

Di saat itulah timbul rasa seram sejuk dalam diri Khai. Rasa yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Sedap suara yang menyambut chorus tadi... Suaranya sampai, persis sekali dengan penyanyi asalnya...

Lagu 'kehilangan' nyanyian penyanyi firman yang sememangnya menjadi siulan pada masa itu...

"Takkan ku sia siakan kamuuu... lagi"

Nak di jadikan cerita, sebenarnya Lagu tersebut adalah lagu alarm bangun pagi Khai untuk ke dewan exam yang dah kali ke sepuluh dia berbunyi. Dan khai jadi pendiam dan suka menyendiri sebab dia sorang jea yang xdatang exam pada pagi tu dan terpaksa repet paper tu seorang diri.

Moral of the story,

Time study week jangan main dota ye... dan ringtone alarm tu buat jea lagu yang annoying, sebab kalau lagu best, pasti nyenyak didodoinya...

Mai tengok iklan nie sekali:

toneexcel.com/affiliate/index.php?ID=289199

Monday, November 4, 2013

TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR


1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape power Karate?
Answer: Kuda belang..cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

6) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

7) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

8) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

9) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

10) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak.

11) Knape lelaki jarang kene. penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'.

12) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: ~> Sekretari baik: 'Selamat pagi tuan'
~> Sekretari kurang baik: 'Dah pagi ni tuan'.

13) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe

14) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur.

15) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung.

16) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

17) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

18) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah......

Wednesday, July 13, 2011

Putihnye awek tu... (posisi: mata hitam ke ats, pandang ke kiri, tgn di dada.. guna nada positif)

Haha... Tergelak aku sorang2 petang tadi bile nampak gelagat budak2 pompuan zaman sekarang... bley kate awek la. Bukan nak mengata, bukan nak mengutuk... tapi just nak berkongsi pandangan jea dengan korang2 yang sudi membaca kat blog nie :)


Kes:
Asalnye mcm nie, petang tadi time aku jalan2 kat area pasar malam berdekatan rumah aku, aku nampak ler sorang awek nie kuar kete... ops... "sedang" keluar dari kete. posisinye kepala dah kuar badan belum lagi, kuar jea kepalanye, niat aku nak puji mcm tajuk post nie... putih.... haha... tu belum keluar lagi... aku pun x puji lagi, baru niat. ( awek tu pun jauh 50 meter depan aku...haha) time keluar jea dia dari kete tu tergelak aku sorang2... sebab muke je putih... tgn gelap gak...(bukan nak mengutuk ya, baca dulu sampai habis... :P )

Huraian kes:
Hah! merujuk pada kes yang anda semua baca di atas tu. saya selaku tuan rumah blog ini dengan rasa penuh prihatin nak sangat menasihati awek2 diluar sana... janganlah asyik jaga muka jea... kalau niat tu nak jaga kecantikan, biar lah jaga semua dari hujung rambut sampai hujung kaki... xda la berbelang2 orang tgk... selain itu, saya selaku abg nie juga nak lah adik2 selaku awekz diluar sana agar mengikut pemakaian cara islam... tutup aurat barulah x berbelang... islam dah ajar elok dah kat kaum hawa nie cara jaga kecantikan sebenarnya... cuba fikir.. diri anda yang boleh di lihat oleh bukan muhrim hanya muka dan tangan sahaja kan?... so, ikut lah... pastu tgk buku sains plak... sinaran uv dari pancaran cahaya mataharilah yang menyebabkan kulit adik2 jadi gelap dan hilang seri... jadi, kalau yg terdedah tu hanya muka dan tgn, mudahlah adik2 nak jaga kecantikan... cuci jea muka dan tgn... jaga jea muka dan tgn... mudah kan? tapi... kalau adik2 selaku awekz nie dedah sana dedah sini... pakai baju pun lengan pendek, tu xpe lagi, nie sampai yg xde lengan baju pun ade... astaga (tertengok jea... :p)... pasnie adik2 semua jangan bagi tayangan percuma pada orang ramai... bukan saja adik yang rugi... malah luas permukaan kulit yang terdedah kepada sinaran uv juga semakin besar... bahasa mudahnye susahlah nak jaga kalau byk bahagian dah gelap. cukuplah tu saya membebel ya... kang ade yang marah pulak... yang terasa tu ampun dan maaf di pinta... yang dah sedar tu, alhamdulillah... kita manusia nie x boleh lari dari kesilapan... just nak kongsi pendapat jea... kalau saya buat salah pun orang tegur jugak... sama2lah kita tegur menegur demi kebaikan bersama... amal makruf nahi mungkar... wassalam :)



Cuba tengok nie... cantik kan? :)
p/s: Tidak putih, tidak bermakna kita x cantik. Yang penting hati dan niat tu cantik... Insyaallah.


Kenapa kau suka yang tua? yang muda kan ke ada... (senario pendek)

Senario ini adalah rekaan semata2 dan tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang pengsan.


Si Polan: apsal ko x pilih yang muda jea? kan byk lagi tu...

Si Pulan: tua2 la bergetah beb... tiap malam gua berjaga pun xpe... untung gua

Si Polan: apsal ko x projekkan yang muda2 tu? ada juga merasa sikit2 pun...

Si Pulan: Yang muda kurus sgt tu ha... hasil pun xda lagi x sedap la... buat letih pinggang gua jea...

Si Polan: Kalau ko projekkan yang muda2 tu sekali, kan masyuk sikit... baru puas... baru la lumayan beb...

Si Pulan: malaslah gua ... sakit pinggang gua jea... mmg la nak projek 1 yang muda tu kejap jea... tapi buat penat gua jea... sorong tarik sorong tarik... sampai masa ciput jea dapatnye... baik la gua layan yang tua-tua tu... bongkok2 gua tiap malam pun masyuk beb... lu ape tau...

Si Polan: betul juga kata ko tu... tapi x pe... ko setelkan yang tua2 tu... biar aku setelkan yang muda2 tu... sikit2 lama2 jadi bukit gak kan...

Si Pulan: hah! eloklah tu... lu pi training dulu layan yang muda2 tu... ti esok lu dah pro, dah berpengalaman mcm gua, lu layan lah semua sekali...

Si Polan: wokeh... xda hal... hasil kita bagi 2 k... cantik!

(p/s: situasi adalah di kebun getah)


Tgk nie... bergetah beb wa cakap lu... getah kuar mcm air paip... :p



Monday, July 11, 2011

Rambut... Isu penting ke bagi lelaki?



Pertama sekali nak ucapkan assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang sudi melawat blog saye yang tidak seberapa ini.Seterusnya nak ucapkanlah ribuan terima kasih sebab luangkan sedikit masa membaca hasil tulisan saye nie, tq bro! haha... tapi saye hari nie nak habiskan masa korang semua nak kongsi pasal rambut. mesti ada yang tertanya, kenapa rambut jadi topik kan? entah lah... tetibe kot rase nak tulis. rambut nie saye fikir mmg masalah lelaki sebenarnye, sebab time sekolah dulu, kalau masalah rambut jea, mesti lelaki yang kene denda. betul x? rambut panjang kene denda, sikat rambut x betul sikit kene denda, potong rambut fesyen sikit pun kene denda... warnakan rambut lagi ler kene denda... rambut nie mmg kes lelakilah kan? tapi... itu dulu... sekarang nie plak dah habis sekolah... hang nak simpan rambut mcmmana pun ikut suka hanglah kan... bagi lelaki berambut panjang kat luar tu... kdg2 saye terfikir gak, apsal diaorang nak samakan lelaki rambut panjang dengan perempuan? perempuan bukan wajib pakai tudung ke? lain kan? masalah rambut lelaki nie masalah lelaki ler... yang perempuan tu tahun nie dah ramai nak fesyen rambut pendek x plak kata mcm lelaki... bukan takat rambut jea... seluar pun nak pakai mcm lelaki, baju t-shirt pakai mcm lelaki... jalan pun nak mcm lelaki tu x di kisahkan plak erk? laki yang dah terang2 lembut pakai gincu tu, siap makeup siap dress mcm pompuan bleh plak kenal tu lelaki. sedeyyy meh! itu bukan persoalannya... tapi persoalannye, kenapa laki-laki macho, ensem lagi kacak yang berambut panjang kononnye nak ikut faizal tahir atau nak ikut sunnah atau saje2 nak merase rambut panjang nieh plak diaorg cakap dah mcm pompuan... rambut wa, wa punye suke la der... serammm meh!... lilex... lilex... pasal rambut pun nak jadi pening2... kita kan laki, x dapat ikut faizal tahir, korang ikut faizal ismail jea... senang cite... lapang sikit kepala :) dah lah... tulis panjang2 kang ade plak yang terase... baik tulis citit2 tapi selam dalam2... wokeh... jgn marah2... tutup kes :p



ha... tgk... ok pe laki rambut panjang ... haha ada bran?



Thursday, July 7, 2011

Perhimpunan "haram" atau "diharamkan"?

Tajuk jea gempak... tapi just nak semua pembaca berfikir2 jea... Baru jea ingat nak layan politik tahun nie, sebab dah dekat pilihanraya. Tapi pening kepala dengan kerenah parti2 semua nie. Dah x tau nak sokong sape dah. Orang jual t-shirt jea, tapi kene tangkap, kene lokap... yang kes beg sukan ada parang, ada bom buatan n mcm2 lah, tu xda pula tangkapan dibuat. Sebelah pihak sibuk tuk berkumpul, sebelah pihak lagi pun nak kumpul gak. kadang2 rakyat nie semua mcm orang berbini dua... katakanlah bini no 1 nie kerajaan, bini no 2 pembangkang... yang dah sah2 berhak dan mmg sedang memerintah tu bini no 1, mesti kene jaga juga sebab dah byk gak la kemajuan yang dah nampak sekarang nie. busuk2 pun bini kite gak. bini no 2 plak nak tuntut hak juga sebab ada hak jugak nak memimpin negara sendiri... dua2 rakyat kena fikirkan... kalau kata p.ramli senang le "ana kawin 3... lala~~~" tapi masalahnya pihak ke 3 x wujub dalam kes nie... pilihan yang ada cuma ceraikan kedua2nya... jadi atas pagar... tapi itu dah kira tidak bertanggungjawap plak... erm... mcmmana pun yang rakyat mahukan hanyalah negara yang aman dan damai... selesa tanpa ada sebarang pecah belah... semoga negara ini akan menjadi aman tenteram sepanjang masa... sama2 kita doakan... amin... :)